THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 11, 2009

Mengapa perlu begini??

(Malam ini aku cuba menulis dengan ejaan yang lebih tepat)..

Mengapa perlu begini??aku terasa untuk menulis berdasarkan persoalan yang muncul di dalam benak hati aku..persoalan yang kerap akal fikiran aku lontarkan kepada hati aku yang mana hati aku tidak mampu menjawabnya..mungkin aku mengharap 'dia' membaca apa yang aku akan tulis ini..betapa aku ingin mengetahuinya..mengapa perlu begini??..

semakin lama semakin tidak dapat aku fahami..salahkah aku menaruh perasaan kepada'nya'???sudah sekian lama aku padamkan perasaan aku terhadap'nya' kerana aku mengetahui betapa 'dia' tidak akan menerima aku..mungkin apa yang aku tulis ni akan membuatkan orang muntah..tetapi betapa aku ingin lontarkan persoalan ini..mengapa perlu begini??..

Mengapa perlu begini??sudahlah soalan aku dahulu tidak terjawab..aku sekadar ingin mengetahui..jika 'dia' menolak c*n*a dariku..katakanlah tidak..akan aku terimanya kerana mungkin itu ketentuan Ilahi..namun 'dia' hanya berdiam diri tanpa sebarang jawapan..betapa aku sangat sedih dengan sikap'nya'..

Mengapa perlu begini??aku cuba untuk tidak menyatakan perkara ini ketika berhubung dengan'nya' dengan harapan 'dia' tidak akan menjauhi aku..namun sebaliknya telah berlaku..aku sekadar ingin berkawan..tidak lebih dari itu..tetapi setiap mesej yang aku hantar sudah tidak berbalas..apatah lagi panggilan dariku..aku dan 'dia' yang sebelumnya rapat terus terputus begitu sahaja..aku terkedu..hatiku tidak dapat menerima kejutan ini..betapa aku terluka..

Mengapa perlu begini??tiada apa yang mampu aku lakukan..komen di dalam friendster 'dia' pun sudah tidak di balas..walau hanya sedikit masa yang aku mahukan supaya persahabatan ini terus kekal..namun ianya bagai melihat bintang di langit yang tidak mungkin digapai..

Mengapa perlu begini??mungkin 'dia' enggan berkawan denganku lagi..bagaimanakah harus aku lakukan supaya dapat aku melupakan diri'nya'..salahku kerana tidak punya iman yang teguh..hatiku terus terpaut pada'nya' walau pertama kali melihatnya..'dia' terlalu istimewa buatku..

Mengapa perlu begini??perlukah aku terus mendiamkan diri..walau hati ini terluka..aku tidak pernah menyalahkan'nya'..silap aku kerana terlupa untuk melihat siapakah diriku untuk dipadankan dengan'nya'..sejuta maaf aku pohon darinya..kerana aku mungkin telah melukakan hati'nya'..aku sangat mengharap kemaafan dari'nya'..

Mengapa perlu begini??selepas menulis artikel ini..aku sudah dapat menerima takdir yang telah berlaku..sekadar ingin meluahkan apa yang terpendam di dalam hati ini..tanpa mengharap 'dia' membacanya..tangisan hati ini mungkin telah berhenti..sekadar menunggu masa untuk lukanya sembuh..

Mengapa perlu begini??terlalu banyak yang telah aku tulis..mungkin hanya segelintir sahaja yang memahami..syukur kepada Allah yang Maha Esa kerana telah mempertemukan dengan'nya'..walau ia berakhir dengan kehampaan..aku tetap bersyukur kepadaNya..aku terasa seperti telah melalui pentas dunia yang baru..dengan azam yang lebih kuat..walaupun aku terus-terusan tidak memahami..MENGAPA PERLU BEGINI??...words from my HEART..

3 comments:

AQEM (MAZA) said...

HAHA...mendalam betol...cm paham aje...

medi said...

jiwang gile...
terkedu aku dengar

Belleza~ said...

arip2.
aku tau sape yg dimaksudkan itu.
cewah aku tau ke.
tak2.
aku tak tau kot.
hee